PEMBIAYAAN PERNIAGAAN (i-Biz)

Produk Pembiayaan Perniagaan ini adalah suatu produk yang telah diwujudkan bagi peniaga dan/atau usahawan yang mempunyai suatu cadangan perniagaan yang amat berpotensi untuk dikembangkan akan tetapi mempunyai masalah daripada segi kekurangan dana.

Pemohon harus menyediakan suatu kertas cadangan bagi pihak kami menilai cadangan perniagaan tersebut.

Produk ini juga merupakan suatu inisiatif oleh pihak kami dalam mewujudkan lebih ramai usahawan-usahawan yang bekebolehan akan tetapi mempunyai masalah dari segi kewangan atau kekurangan dana.

Pembiayaan Tanpa Cagaran atau Pembiayaan Bercagar bagi produk ini adalah bergantung kepada keupayaan dan kemampuan pemohon/peminjam dalam membuat pembayaran balik pembiayaan tersebut.

Call Now

error: Content is protected !!
WhatsApp chat